Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Setiap Coretan Ada Nilainya

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Setiap Coretan Ada Nilainya

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Showing posts with label Penulis. Show all posts
Showing posts with label Penulis. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

Dayana Darwisy

Name: Dayana Darwisy
Tajuk Novel: Si Pencuri Hati
Latarbelakang:

Under Construction

Wan Rohaya

Name: Wan Rohaya
Tajuk Novel: Di Penghujung Cintaku Adelia
Latarbelakang:

Under Construction

Sunday, 25 August 2013

Fieyza Fadlina

Name: Fieyza Fadlina 
Tajuk Novel: Episod Cinta Harlys

Latarbelakang:

**Under Construction***


Dekna Lee

Name: Dekna Lee 
Tajuk Novel: Hantu Punya Boss

Latarbelakang:

**Under Construction***


Friday, 19 July 2013

Shila Alish

Name: Shila Alish
Tajuk Novel: Mr Secret Admirer
Latarbelakang:

Under Construction

Tuesday, 25 June 2013

Farisya Natasha

Name: Farisya Natasha
Tajuk Novel: Perangkap Dua Hati

Latarbelakang:
Lebih selesa dikenali sebagai Farisya Natasha. Nama pena di dunia penulisan ini. Beliau masih menuntut di salah sebuah institusi pengajian tinggi tempatan dalam bidang perniagaan. Beliau tidak mempunyai asas dalam bidang penulisan kerana dari sejak sekolah menengah lagi beliau mengambil jurusan perniagaan namun semua itu tidak menjadikan beliau berputus asa dalam bidang penulisan ini. Bekalan dari novel-novel melayu mahupun inggeris yang telah dibacanya membuatkan beliau semakin bersemangat mahu menulis hasil dari idea sendiri.

Harapan beliau agar karya sulungnya ini dapat diterima dan dapat menyentuh hati para pembaca. Terlebih mahupun terkurang harap dimaafkan. Yang baik mahupun yang indah itu datang daripada-NYA dan yang buruk mahupun yang kurang itu datang dari penulis ini sendiri.

Beliau boleh dihubungi melalui : shiesya_69@hotmail.com atau http://diariterindahfarisyanatasha.blogspot.com/

Thursday, 18 April 2013

Sarnia Yahya

Name: Sarnia Yahya
Tajuk Novel: Dekat Padamu
Latarbelakang:


Sanihah Yahaya, dilahirkan pada 27 Jun 1970, mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Methodist, dan Sekolah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur. Selepas tamat tingkatan lima, beliau melanjutkan pelajaran ke Binary Business School yang sekarang dikenali sebagai Universiti Binary di Puchong Selangor di dalam jurusan Diploma Komputer, Perakaunan dan Pengurusan dan Diploma in Human Resource di Malaysian Institute of Human Resource Management.

Menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi, dimulai dengan cerite-cerita pendek untuk Dewan Pelajar dan majalah sekolah suatu ketika dahulu. Pada tahun 1988, sebuah buku bertajuk Berakhirnya Satu Percintaan diterbitkan di bawah Variapop dan tahun seterusnya bertajuk Rahsia Hati selepas memenangi hadiah saguhati melalui Sayembara di majalah Variapop. 

Aktif semula menulis pada tahun 2008, setelah bertahun-tahun tidak menulis. Secantik Anugerah terbitan NB Kara membuka langkah untuk beliau meneruskan kerjayanya. Dan seterusnya keluar beberapa buah novel beliau di bawah beberapa buah penerbit. Cinta adalah Cinta, Berteman Rindu, Datang Dengan Indah dan On Cinta bersama penerbit Fajar Fakeer Sdn Bhd. Manakala Tiada Yang Kedua, Akan kutunggu dan Keranamu Aku Rela diterbit oleh Alaf21 di bawah Grup Buku Karangkraf.

Tuesday, 16 April 2013

Laila Hanni

Name: Laila Hanni
Tajuk Novel: Sesaat Cukup Bagiku
Latarbelakang:



Pertama kali menulis sebuah manuskrip pada tahun 2009, Laila Hanni mula kembali menjelajah dunia penulisan yang telah lama di tinggalkannya. Sejak dari dahulu, beliau adalah merupakan seorang pencinta seni. Segenap bidang seni diminatinya walaupun tidak berpeluang untuk menggarap bakatnya dalam bidang ini suatu masa dahulu. Di sebabkan minatnya yang mendalam, walaupun tanpa sebarang latihan khusus dalam bidang penulisan, beliau telah cuba menulis. Berbekalkan dengan pengetahuan yang sedikit baliau mula menulis. Akhirnya dalam keadaan yang agak payah, beliau telah berjaya menghasilkan manuskrip pertama beliau, Syurga Di Wajahmu, walaupun mengambil jangka masa yang begitu lama untuk menyiapkannya. 

Aktiviti penerbitan hasil karya beliau di mulakan dengan menghantar hasil penulisannya ke laman web Penulisan2U.my. Bertitik tolak dari situlah, beliau terus menulis sehinggalah mendapat tawaran dari pihak penerbitan Kaki Novel untuk menerbitkan novel pertama beliau. Selain dari itu beliau juga aktif menulis di blog. Sehingga kini penulis masih terus menulis dan menghantarkan karya-karya beliau ke blognya, lailahanni.blogspot.com. 

Novel pertama beliau, Syurga di Wajahmu terbitan Kaki Novel Enterprise  adalah karya kreatif yang di pernah garap di zaman remajanya dulu dan di gilap kembali setelah sekian lama tersimpan dalam kotak ingatan. Penuh dengan kepayahan, akhirnya manuskrip tersebut berjaya diterbitkan untuk tatapan semua.

Setelah lebih setahun, beliau berjaya menghasilkan pula sebuah kisah berbentuk kenangan melalui manuskrip kedua, Semalam Yang Ku Tinggalkan.  Melalui manuskrip ini, kisah-kisah semalam dalam hidupnya telah dijadikan panduan dalam menggarap sebuah sketsa kehidupan yang menceritakan bagaimana pahitnya sebuah pengalaman yang mampu  membawa kebahagiaan di masa hadapan. Novel ini juga di terbitkan oleh Kaki Novel Enterprise.

Novel ke tiga beliau, iaitu Sesaat Cukup Bagiku pula diterbitkan oleh syarikat Love Novel Enterprise. Di dalam novel ke tiga ini beliau masih lagi mengekalkan kisah kekeluargaan yang sudah  begitu sinonim dengan gaya penulisannya. 

Penulis  yang berasal dari negeri Terengganu ini, sekarang menetap di negeri Kelantan. Beliau telah berkeluarga dan dikurniakan lima orang anak.  Beliau bertugas sebagai seorang pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Seperti penulis-penulis lain, beliau turut sama mengalami banyak kekangan dan halangan dalam menghasilkan sebuah karya kreatif.  Berlatar belakangkan keadaan akedemik yang sedikitpun tidak menjurus kepada penulisan kreatif, beliau telah belajar sendiri melalui pembacaan cerpen-cerpen dan novel-novel samada yang diterbitkan melalui media bercetak, maupun karya-karya yang terpapar dalam dunia maya. Beliau mengambil inisiatif sendiri untuk menghadiri beberapa bengkel penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu sama melalui laman web, maupun di dunia realiti. Antara penulis-penulis yang menjadi idola beliau ialah, Norhayati Ibrahim, Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Siti Rosmizah, Anis Ayuni, Danielle Steel, Judith MgNaught, Kathleen E. Woodiwiss dan banyak lagi. 

Penulis amat berterimakasih kepada pihak pengurusan Penulisan2U kerana menyediakan ruang pertama untuk beliau berkarya. Penulis juga amat berbesar hati dengan sambutan yang diterimanya dari pembaca-pembaca di Penulisan2U dan juga di blognya. Beliau juga akan terus menulis selagi termampu. Penulis amat berharap supaya hasil buah tangannya akan terus diterima oleh pembaca.

Emy Roberto

Name: Emy Roberto
Tajuk Novel: Mama Mia Syaza
Latarbelakang:

Dia lebih dikenali sebagai Emy Roberto di kalangan pembaca dan rakan – rakan. Merupakan anak jati Sarawak dan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ketika karya pertama ini diterbitkan, dia masih berada di luar negara untuk meneruskan pengajian tahun akhir di dalam bidang yang diminatinya.

Membaca adalah hobinya sejak kecil. Dia mula menulis di blog sendiri, emy-roberto.blogspot.com pada tahun 2011 untuk sekadar suka – suka dan akhirnya kini menjadi salah satu hobi baru.

Mama Mia Shaza (MMS) adalah karya ketiga yang dihasilkan di blog dan bila MMS mendapat sambutan dan galakan daripada pembaca, Emy Roberto mengambil keputusan untuk menghasilkan manuskrip penuh. MMS dihasilkan bukan berdasarkan pada hanya kisah di antara dua jiwa yang mencintai dan dicintai. Tetapi juga tentang sayang pada Pencipta, keluarga dan sahabat. Tentang saling memaafkan dan saling menghargai. Beringatlah tidak semuanya di dunia ini indah dan belajarlah dari yang ‘tidak indah’ untuk menjadi lebih baik dan matang. 

Selagi berkesempatan, selagi itulah Emy Roberto mahu berkongsi idea dengan para pembaca. Dan tidak kira di mana dia berdiri dan siapa dia di kalangan yang tersayang dan orang sekeliling, Emy Roberto sentiasa beringat pada diri sendiri dengan satu ayat : ‘Aku sebutir beras’.