Thursday 18 April 2013

Sarnia Yahya

Name: Sarnia Yahya
Tajuk Novel: Dekat Padamu
Latarbelakang:


Sanihah Yahaya, dilahirkan pada 27 Jun 1970, mendapat pendidikan awal di Sekolah Perempuan Methodist, dan Sekolah Convent Jalan Peel, Kuala Lumpur. Selepas tamat tingkatan lima, beliau melanjutkan pelajaran ke Binary Business School yang sekarang dikenali sebagai Universiti Binary di Puchong Selangor di dalam jurusan Diploma Komputer, Perakaunan dan Pengurusan dan Diploma in Human Resource di Malaysian Institute of Human Resource Management.

Menulis sejak di bangku sekolah rendah lagi, dimulai dengan cerite-cerita pendek untuk Dewan Pelajar dan majalah sekolah suatu ketika dahulu. Pada tahun 1988, sebuah buku bertajuk Berakhirnya Satu Percintaan diterbitkan di bawah Variapop dan tahun seterusnya bertajuk Rahsia Hati selepas memenangi hadiah saguhati melalui Sayembara di majalah Variapop. 

Aktif semula menulis pada tahun 2008, setelah bertahun-tahun tidak menulis. Secantik Anugerah terbitan NB Kara membuka langkah untuk beliau meneruskan kerjayanya. Dan seterusnya keluar beberapa buah novel beliau di bawah beberapa buah penerbit. Cinta adalah Cinta, Berteman Rindu, Datang Dengan Indah dan On Cinta bersama penerbit Fajar Fakeer Sdn Bhd. Manakala Tiada Yang Kedua, Akan kutunggu dan Keranamu Aku Rela diterbit oleh Alaf21 di bawah Grup Buku Karangkraf.

0 comments:

Post a Comment