Tuesday 16 April 2013

Laila Hanni

Name: Laila Hanni
Tajuk Novel: Sesaat Cukup Bagiku
Latarbelakang:



Pertama kali menulis sebuah manuskrip pada tahun 2009, Laila Hanni mula kembali menjelajah dunia penulisan yang telah lama di tinggalkannya. Sejak dari dahulu, beliau adalah merupakan seorang pencinta seni. Segenap bidang seni diminatinya walaupun tidak berpeluang untuk menggarap bakatnya dalam bidang ini suatu masa dahulu. Di sebabkan minatnya yang mendalam, walaupun tanpa sebarang latihan khusus dalam bidang penulisan, beliau telah cuba menulis. Berbekalkan dengan pengetahuan yang sedikit baliau mula menulis. Akhirnya dalam keadaan yang agak payah, beliau telah berjaya menghasilkan manuskrip pertama beliau, Syurga Di Wajahmu, walaupun mengambil jangka masa yang begitu lama untuk menyiapkannya. 

Aktiviti penerbitan hasil karya beliau di mulakan dengan menghantar hasil penulisannya ke laman web Penulisan2U.my. Bertitik tolak dari situlah, beliau terus menulis sehinggalah mendapat tawaran dari pihak penerbitan Kaki Novel untuk menerbitkan novel pertama beliau. Selain dari itu beliau juga aktif menulis di blog. Sehingga kini penulis masih terus menulis dan menghantarkan karya-karya beliau ke blognya, lailahanni.blogspot.com. 

Novel pertama beliau, Syurga di Wajahmu terbitan Kaki Novel Enterprise  adalah karya kreatif yang di pernah garap di zaman remajanya dulu dan di gilap kembali setelah sekian lama tersimpan dalam kotak ingatan. Penuh dengan kepayahan, akhirnya manuskrip tersebut berjaya diterbitkan untuk tatapan semua.

Setelah lebih setahun, beliau berjaya menghasilkan pula sebuah kisah berbentuk kenangan melalui manuskrip kedua, Semalam Yang Ku Tinggalkan.  Melalui manuskrip ini, kisah-kisah semalam dalam hidupnya telah dijadikan panduan dalam menggarap sebuah sketsa kehidupan yang menceritakan bagaimana pahitnya sebuah pengalaman yang mampu  membawa kebahagiaan di masa hadapan. Novel ini juga di terbitkan oleh Kaki Novel Enterprise.

Novel ke tiga beliau, iaitu Sesaat Cukup Bagiku pula diterbitkan oleh syarikat Love Novel Enterprise. Di dalam novel ke tiga ini beliau masih lagi mengekalkan kisah kekeluargaan yang sudah  begitu sinonim dengan gaya penulisannya. 

Penulis  yang berasal dari negeri Terengganu ini, sekarang menetap di negeri Kelantan. Beliau telah berkeluarga dan dikurniakan lima orang anak.  Beliau bertugas sebagai seorang pensyarah di Jabatan Kejuruteraan Mekanikal, Politeknik Kota Bharu, Kelantan. Seperti penulis-penulis lain, beliau turut sama mengalami banyak kekangan dan halangan dalam menghasilkan sebuah karya kreatif.  Berlatar belakangkan keadaan akedemik yang sedikitpun tidak menjurus kepada penulisan kreatif, beliau telah belajar sendiri melalui pembacaan cerpen-cerpen dan novel-novel samada yang diterbitkan melalui media bercetak, maupun karya-karya yang terpapar dalam dunia maya. Beliau mengambil inisiatif sendiri untuk menghadiri beberapa bengkel penulisan yang dianjurkan oleh pihak-pihak tertentu sama melalui laman web, maupun di dunia realiti. Antara penulis-penulis yang menjadi idola beliau ialah, Norhayati Ibrahim, Fauziah Ashaari, Aisya Sofea, Siti Rosmizah, Anis Ayuni, Danielle Steel, Judith MgNaught, Kathleen E. Woodiwiss dan banyak lagi. 

Penulis amat berterimakasih kepada pihak pengurusan Penulisan2U kerana menyediakan ruang pertama untuk beliau berkarya. Penulis juga amat berbesar hati dengan sambutan yang diterimanya dari pembaca-pembaca di Penulisan2U dan juga di blognya. Beliau juga akan terus menulis selagi termampu. Penulis amat berharap supaya hasil buah tangannya akan terus diterima oleh pembaca.

0 comments:

Post a Comment