Tuesday, 16 April 2013

Emy Roberto

Name: Emy Roberto
Tajuk Novel: Mama Mia Syaza
Latarbelakang:

Dia lebih dikenali sebagai Emy Roberto di kalangan pembaca dan rakan – rakan. Merupakan anak jati Sarawak dan anak kedua daripada tiga orang adik beradik. Ketika karya pertama ini diterbitkan, dia masih berada di luar negara untuk meneruskan pengajian tahun akhir di dalam bidang yang diminatinya.

Membaca adalah hobinya sejak kecil. Dia mula menulis di blog sendiri, emy-roberto.blogspot.com pada tahun 2011 untuk sekadar suka – suka dan akhirnya kini menjadi salah satu hobi baru.

Mama Mia Shaza (MMS) adalah karya ketiga yang dihasilkan di blog dan bila MMS mendapat sambutan dan galakan daripada pembaca, Emy Roberto mengambil keputusan untuk menghasilkan manuskrip penuh. MMS dihasilkan bukan berdasarkan pada hanya kisah di antara dua jiwa yang mencintai dan dicintai. Tetapi juga tentang sayang pada Pencipta, keluarga dan sahabat. Tentang saling memaafkan dan saling menghargai. Beringatlah tidak semuanya di dunia ini indah dan belajarlah dari yang ‘tidak indah’ untuk menjadi lebih baik dan matang. 

Selagi berkesempatan, selagi itulah Emy Roberto mahu berkongsi idea dengan para pembaca. Dan tidak kira di mana dia berdiri dan siapa dia di kalangan yang tersayang dan orang sekeliling, Emy Roberto sentiasa beringat pada diri sendiri dengan satu ayat : ‘Aku sebutir beras’.

0 comments:

Post a Comment