Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Setiap Coretan Ada Nilainya

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Setiap Coretan Ada Nilainya

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Sunday, 22 September 2013

Si Pencuri Hati

Terbitan : Sept 2013
Tajuk     : Si Pencuri Hati
Penulis  : Dayana Darwisy
Harga    :
RM24.00 (Semenanjung), Ahli RM21.00
RM27.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM24.00

Sinopsis Ringkas:

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita? Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka? Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah  bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.
Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.  Pertemuan  yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.

Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.

Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.
Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.


Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?

Dayana Darwisy

Name: Dayana Darwisy
Tajuk Novel: Si Pencuri Hati
Latarbelakang:

Under Construction

Di Penghujung Cintaku Adelia


Terbitan : Sept 2013
Tajuk     : Di Penghujung Cintaku Adelia
Penulis  : Wan Rohaya
Harga    :
RM25.00 (Semenanjung), Ahli RM22.00
RM28.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM25.00

Sinopsis ringkas

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci.  Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini.

Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad.  Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan?

Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.

“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha

“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia

Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa?

Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...

Wan Rohaya

Name: Wan Rohaya
Tajuk Novel: Di Penghujung Cintaku Adelia
Latarbelakang:

Under Construction

Sunday, 25 August 2013

Hantu Punya Boss

Terbitan : Ogos 2013
Tajuk     : Hantu Punya Boss
Penulis  : Dekna Lee
Harga    :
RM24.00 (Semenanjung), Ahli RM21.00
RM27.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM24.00


SINOPSIS RINGKAS

 BEKERJA  sebumbung  dengan  Arrayyan  Zainuddin,  memang  tidak  pernah  terlintas  di  fikiran  Abby.  Tambahan  pula  setelah  mendengar  kutukan  Diela  terhadap  lelaki  itu.  Setiap  hari,  ada  sahaja  aduan  yang  Abby  terima  daripada  Diela  sehinggakan  hatinya  ikut  menyimpan  rasa  benci  terhadap  lelaki  bernama  Arrayyan  itu.  

“Kau  tau  tak  pagi  tadi,  dia  kutuk  telinga  capang  aku  ni?  Dia  minta  aku  buatkan  dia  air  dalam  gelas  besar  sebesar  telinga  aku  ni.  Hantu  punya  bos!  Macamlah  telinga  dia  lawa  sangat!  Telinga  dia  tu  berkerepot  macam  keropok  goreng!”  ~Diela

Baru  hari  pertama  Abby  bekerja  di  situ,  Arrayyan  sudah  naik  gila!  Setiap  kali  dia menjerkah,  Abby  ikut  membalasnya  dengan  jerkahan,  ‘hantu  punya  bos!’.  Kadang-kadang  Abby  sertakan  dengan  bonus,  iaitu  penampar!  Terkedu  Arrayyan  dibuatnya. Mujurlah  Abby  ada  alasan!  MELATAH!  Kalau  tidak  sudah  pasti  tapak  tangannya singgah  ke  muka  Abby  semula.  

Entah  sejak  bila,  dari  meluat  tengok  Abby,  kini  dia  mahu  melihat  Abby  selalu! Kewujudan  Wandi  membuatkan  dia  tidak  tentu  hala.  Dia  terpaksa  mengambil  langkah agresif  dengan  ‘mengheret’  gadis  itu  ke  Melaka  bersamanya  untuk  meluahkan  rasa cinta  yang  baru  berputik  itu.  Dapatkah  Abby  menerima  bos  yang  berperangai  hantu itu?