Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Setiap Coretan Ada Nilainya

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Setiap Coretan Ada Nilainya

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Love Novel

Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Showing posts with label Novel. Show all posts
Showing posts with label Novel. Show all posts

Sunday, 22 September 2013

Si Pencuri Hati

Terbitan : Sept 2013
Tajuk     : Si Pencuri Hati
Penulis  : Dayana Darwisy
Harga    :
RM24.00 (Semenanjung), Ahli RM21.00
RM27.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM24.00

Sinopsis Ringkas:

Cinta... kenapa perlu ada rasa cinta jika itu bukan suratan untuk kita? Rindu... kenapa perlu ada rindu jika hadirnya hanya membawa duka? Sayang... kenapa perlu ada rasa sayang jika kasih yang diberi dibalas dengan tuba?

Sayang Damia – Gadis cantik manis yang melalui kehidupan yang sukar setelah kematian bapanya. Hidup bersama seorang ibu yang gemar mengatur hidup dan jodohnya membuatkan Damia memberontak keras. Dia membawa diri ke rumah  bapa saudaranya di Mersing demi mencari sebuah ketenangan.
Namun ketenangan yang dicari akhirnya bertukar menjadi mimpi ngeri.  Pertemuan  yang tidak sampai empat puluh lapan jam dengan Tengku Darwisy Firhad telah merantai mereka dengan ikatan suami isteri. Damia terpaksa menerima lelaki itu sebagai seorang suami dengan perasaan yang kosong, tidak ada walau sekelumit rasa cinta.

Benarlah kata orang, hati manusia begitu mudah berubah. Dari perasaan benci yang melangit, ia berganti pula dengan perasaan sayang yang mendalam. Hati Damia telah dicuri oleh lelaki yang baru dikenalinya itu. Cinta ini benar-benar nyata pada perasaannya.

Namun perpisahan yang kononnya hanya untuk sementara telah mengubah jalan takdir hidup mereka berdua. Cinta di hati Damia berkecai musnah sehingga dia tekad kembali ke United Kingdom tanpa pengetahuan suaminya. Dia mahu lari sejauh mungkin dari lelaki bernama Darwisy.
Entah di mana hikmahnya, kepulangan Damia dua tahun kemudian telah menemukan dirinya dengan Darwisy sekali lagi. Lelaki itu masih bergelar seorang suami, dan dia masih membawa gelaran seorang isteri biarpun hakikat itu cuba disembunyikan.


Namun hati yang pernah terbelai indah kadangkala menuntut rasa cinta itu untuk kembali dalam hidupnya. Damia keliru di persimpangan. Perlukah dia kembali kepada lelaki yang telah menduakannya? Relakah dia hidup bermadu tatkala hati begitu jerih menanggung rasa? Dan mampukah kehebatan cinta seorang lelaki bernama Darwisy kekal sehingga ke akhirnya?

Di Penghujung Cintaku Adelia


Terbitan : Sept 2013
Tajuk     : Di Penghujung Cintaku Adelia
Penulis  : Wan Rohaya
Harga    :
RM25.00 (Semenanjung), Ahli RM22.00
RM28.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM25.00

Sinopsis ringkas

Hasrat seorang ibu yang terlalu inginkan anak perempuan akhirnya telah memeterai sebuah ikatan yang tidak terduga. Kehadiran seorang wanita bergelar isteri yang tidak pernah didamba membuatkan Nik Pasha tertekan dan benci.  Dia kemudian memutuskan untuk menyambung pelajaran di luar negara demi mengelak tanggungjawab terhadap perkahwinan tanpa rela ini.

Enam tahun di negara asing, Nik Pasha kembali dengan membawa tekad.  Tekadnya untuk menceraikan si isteri yang tidak pernah dicintai dan dikasihi. Namun tatkala mata singgah di raut wajah itu, jiwanya mula sangsi dan berbelah bahagi. Perasaan mula tunggang langgang tidak menentu. Oh Tuhan, apa yang perlu dia lakukan?

Putaran takdir sentiasa membawa pertemuan demi pertemuan antara mereka berdua. Nik Pasha bertugas sebagai seorang doktor, manakala Adelia pula bergelar seorang jururawat di hospital yang sama. Tidak mampu dielak, mereka sering bertembung muka dan berlaga pandang kerana tuntutan tugas. Pelbagai kejadian dan insiden muncul lalu menguji rasa di dua hati yang sering menafi.

“Aku tak suka kau keluar dengan lelaki. Naik motor pula tu. Ingat! Kau tu isteri orang.” – Nik Pasha

“Saya ni isteri orang ke, Dr Pasha? Isteri siapa, ya?” - Adelia

Jika benar rasa itu hanyalah benci, jika sungguh hati sendiri tidak pernah berisi, mengapa aneh benar lagu yang bergetar di jiwa?

Katakan selama mana diri perlu mencari, andai bibir hanya mampu menyebut dan menyeru satu nama...

Sunday, 25 August 2013

Hantu Punya Boss

Terbitan : Ogos 2013
Tajuk     : Hantu Punya Boss
Penulis  : Dekna Lee
Harga    :
RM24.00 (Semenanjung), Ahli RM21.00
RM27.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM24.00


SINOPSIS RINGKAS

 BEKERJA  sebumbung  dengan  Arrayyan  Zainuddin,  memang  tidak  pernah  terlintas  di  fikiran  Abby.  Tambahan  pula  setelah  mendengar  kutukan  Diela  terhadap  lelaki  itu.  Setiap  hari,  ada  sahaja  aduan  yang  Abby  terima  daripada  Diela  sehinggakan  hatinya  ikut  menyimpan  rasa  benci  terhadap  lelaki  bernama  Arrayyan  itu.  

“Kau  tau  tak  pagi  tadi,  dia  kutuk  telinga  capang  aku  ni?  Dia  minta  aku  buatkan  dia  air  dalam  gelas  besar  sebesar  telinga  aku  ni.  Hantu  punya  bos!  Macamlah  telinga  dia  lawa  sangat!  Telinga  dia  tu  berkerepot  macam  keropok  goreng!”  ~Diela

Baru  hari  pertama  Abby  bekerja  di  situ,  Arrayyan  sudah  naik  gila!  Setiap  kali  dia menjerkah,  Abby  ikut  membalasnya  dengan  jerkahan,  ‘hantu  punya  bos!’.  Kadang-kadang  Abby  sertakan  dengan  bonus,  iaitu  penampar!  Terkedu  Arrayyan  dibuatnya. Mujurlah  Abby  ada  alasan!  MELATAH!  Kalau  tidak  sudah  pasti  tapak  tangannya singgah  ke  muka  Abby  semula.  

Entah  sejak  bila,  dari  meluat  tengok  Abby,  kini  dia  mahu  melihat  Abby  selalu! Kewujudan  Wandi  membuatkan  dia  tidak  tentu  hala.  Dia  terpaksa  mengambil  langkah agresif  dengan  ‘mengheret’  gadis  itu  ke  Melaka  bersamanya  untuk  meluahkan  rasa cinta  yang  baru  berputik  itu.  Dapatkah  Abby  menerima  bos  yang  berperangai  hantu itu?

Episod Cinta Harlys


Terbitan : Ogos 2013
Tajuk     : Episod Cinta Harlys
Penulis  : Fieyza fadlina
Harga    :
RM25.00 (Semenanjung), Ahli RM23.00
RM28.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM25.00

SINOPSIS RINGKAS

Kerana satu peristiwa hitam, Harith dan Arlyssa disatukan dalam sebuah ikatan pernikahan. Namun, ikatan itu hanya sekadar di atas kertas, Enam tahun mereka berpisah kerana ego masing-masing. Pertemuan yang diatur oleh Puan Ainidan Syed Yusri memaksa Arlyssa kembali bersama Harith dengan status ISTERI. 

“Bilik ni ke bilik kita?” 
“Apa dia? Bilik kita? Sejak bila pulak ada istilah ‘bilik kita’?!”
“Err.. kalau bukan bilik kita, bilik siapa?”
“Ni bilik saya! Kalau awak nak tidur, awak boleh tidur saja di mana-mana pun tapi bukan di bilik ni dan bukan di bilik-bilik yang lain sebab bilik-bilik tu semua dah ada orang punya!”

Pergaduhan sudah seperti makanan ruji buat Harith dalam hidup bersama Arlyssa. Tapi Harith tersangat sabar. Dan sekeras kerak nasi, akhirnya lembut juga jika direndam dengan air. Begitulah juga dengan hati Arlyssa. Semakin hari rasa sayang dan cinta semakin berkembang mekar di dalam hati. Tambah manis apabila cinta yang dihulur berbalas kembali. Terasa dunia milik mereka.

Perhubungan yang semakin menemui titik kebahagian tiba-tiba dilanda badai. Perkahwinan yang menjadi rahsia dalam keluarga Harith akhirnya terbongkar. Penolakkan dari Puan Hasnah memberi tamparan besar kepada Harith. Dia berbelah bahagi. Di kanan isteri, di kiri pula ibu kandung.

Masalah yang sedia ada semakin bertimpa dengan kewujudan Najwan dan Humaira yang mempunyai misi untuk menghancurkan rumah tangga pasangan ini. Siapa Najwan? Siapa pula Humaira? Dan adakah bahagia akan selamanya bersama mereka?





Friday, 19 July 2013

Mr. Secret Admirer

Terbitan : Julai 2013
Tajuk   : MR. SECRET ADMIRER
Penulis  : Shila Alish
Harga    :
RM26.00 (Semenanjung), Ahli RM23.00
RM29.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM26.00

SINOPSIS:
Kisah bermula apabila Zureen ditawarkan bekerja sebagai jururawat peribadi kepada seorang lelaki kacukan Arab-Pakistan, Syed Redza yang baru tersedar dari koma akibat kemalangan jalan raya. Pekerjaan yang disangka mudah, rupa-rupanya serba mencabar apabila dia sering saja menjadi mangsa kemarahan dan sikap baran lelaki kepala batu itu.
Di pihak Syed Redza,hatinya memegang kukuh sebuah dendam. Kerana terlalu bencikan bekas tunangnya, dia turut melempiaskan rasa yang serupa kepada Zureen. Baginya perempuan semuanya sama, semua tidak boleh dipercayai. Sungguh hatinya benci!
“Aku dah jumpa ramai perempuan macam kau ni. Depan bukan main baik lagi, tapi di belakang macam racun!” – Syed Redza.

Kebencian Syed Redza yang tidak masuk akal itu membuatkan Zureen semakin tersepit. Dia mahu melarikan diri sejauh mungkin, namun kakinya dirantai dengan janji bersama Datin Raja Fatimah. Dan kehadiran abang angkatnya, Dr.Haziq semakin menambahkan beban apabila pangkat ‘adik’ itu rupa-rupanya sekadar di bibir. Di hati lelaki itu tersirat makna yang lainnya, makna yang jelas berbeza.

Namun apabila cinta dan rindu yang terpendam utuh mulai terancam, ego seorang Mr. Secret Admirer dicampak jauh ke tepi. Dari rasa benci yang membuak tinggi, hati  Syed Redza disapa rasa cemburu apabila perhatian Zureen teralih kepada Dr. Haziq. Jiwanya mula kacau bilau tidak keruan.

Perubahan dua ratus peratus Syed Redza membuatkan Zureen kematian kata. Daripada sikap yang suka mendengus dan membentak, lelaki itu seolah-olah cuba mencuri hatinya. Akur dengan rasa yang serupa, Zureen akhirnya memberi ruang dan peluang untuk membina bahagia bersama.Namun, sebegitu mudahkah cinta mereka bersatu? Dan  mampukah Mr. Secret Admirer memegang cintanya sehingga ke akhir waktu?

“Hanya Allah yang tahu apa niat aku.  Hanya Allah yang tahu betapa aku menderita kerana terpaksa berperang antara hati dan akal aku sendiri.” - Zureen

Tuesday, 25 June 2013

Perangkap Dua Hati

Terbitan : Jun 2013
Tajuk   : Perangkap Dua Hati
Penulis  : Farisya Natasha
Harga    :
RM22.00 (Semenanjung), Ahli RM19.00
RM25.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM22.00

Sinopsis:
Cinta tidak semestinya mudah untuk bersatu. Ungkapan itu menggambarkan perjalanan kisah Nuh Qays dan Qisya Zulaikha yang saling memendam perasaan semenjak dari zaman universiti lagi. Biarpun ada rasa indah di hati, namun segalanya terpaksa dipendamkan gara-gara kebencian adik Nuh Qays terhadap Qisya Zulaikha. Kemunculan Izdiyad yang menghimpit diri, ditambah dengan tohmahan-tohmahan busuk dari mulut sepupunya sendiri, Qisya Zulaikha kian sesak mengatur hidup. 

Tiga tahun menjalani kehidupan masing-masing, sekali lagi jodoh menemukan mereka berdua. Mengikut aturan takdir yang telah ditentukan, Nuh Qays akhirnya bekerja di bawah satu bumbung yang sama dengan gadis idamannya itu. Biar banyak halangan yang mendatang, dia tekad untuk berjuang. Dan kali ini dia berikrar untuk melindungi Qisya Zulaikha dari gangguan Izdiyad mahupun adiknya sendiri, Qairina.
Di kehidupan mana manusia mampu lari dari menghadapi ujian Tuhan? Dan apa yang berlaku kali ini benar-benar memberi tamparan hebat kepada Qisya Zulaikha.

“Tolong Ikha mak su. Ikha kena nikah malam ni juga. Tolong datang ke sini. Ikha perlukan kekuatan.”   - Qisya Zulaikha.

Dan di atas rasa tanggungjawab terhadap salah faham itu, Nuh Qays menghulur tangan untuk memperisterikan Qisya Zulaikha.

“Terima kasih sebab sudi jadi isteri saya. Saya harap tak ada perkataan menyesal dalam diri awak tentang pernikahan kita.” – Nuh Qays
Mampukah sebuah perkahwinan atas rasa tanggungjawab melenyapkan segala duka dalam catatan hidup Qisya Zulaikha? Dan cinta yang dipupuk selepas pernikahan, mampukah ia kekal bahagia selamanya?

Thursday, 23 May 2013

Hanya Milikmu



Terbitan : Mei 2013
Tajuk   : Hanya Milikmu
Penulis  : Siti Auni
Harga    :
RM25 (Semenanjung),  Sabah / Sarawak RM 28
Ahli Semenanjung RM 22 Sabah / Sarawak RM 25


Balqis Maisara, nama yang cukup indah didengar namun keindahan itu tidak pula terpalit sepanjang perjalanan hidupnya. Biarpun memiliki keperibadian yang mulia, namun gadis kampung ini tetap dipandang serong dan dihina oleh masyarakat di sekelilingnya. 

Kedaifan yang menghimpit, ditambah pula dengan tanggungjawab terhadap ibunya yang menghidap penyakit kronik, kehidupan Balqis Maisara kian sukar. Namun berpegang pada ketentuan Allah, dia tabah menghadapi satu persatu ujian itu. Baginya Allah Maha Adil, dan dia yakin di penghujung harinya dia pasti menemui keindahan yang dicari. 

Namun pertemuan dengan lelaki seego Tengku Harith, hati dan perasaannya kembali teruji dan dicarik berkali-kali. Dia berasa serba salah tatkala Tengku Ismail melamarnya untuk dikahwinkan dengan lelaki berhati kejam itu.

“Kau ingat dengan tudung labuh macam tu, aku nak terpedaya? Kau jangan haraplah! Mati hidup semula pun, aku tak nak kahwin dengan perempuan macam kau ni!” – Tengku Harith.

Dan kehadiran lelaki sesempurna Ustaz Amirul, mungkinkah di situ bahagianya bersembunyi? Cinta lelaki itukah yang mampu mengubati satu persatu kelukaan di hatinya ini?

“Qis, abang janji, abang akan jaga Qis elok-elok lepas kita dah kahwin nanti. Abang takkan biarkan Qis terseksa lagi..” - Ustaz Amirul

Bagi diri Balqis Maisara, dia keliru di dua persimpangan. Di kirinya Ustaz Amirul yang cukup melindungi, dan di kanannya pula Tengku Harith yang penuh rasa benci. Jika dia selapang dada menerima Ustaz Amirul, mengapa wajah Tengku Harith yang muncul setiap kali dia menunaikan solat sunat Istikharah?

Apa yang tersembunyi? Apa yang bakal menantinya suatu hari nanti? Dan mampukah sebuah perkahwinan melenyapkan seluruh duka yang mejadi teman setianya selama ini? Sebuah kebahagiaan yang tidak pernah pasti, namun Balqis Maisara membulatkan tekad di hati. 

Dan cinta itu pasti akan menjadi miliknya… suatu hari nanti.

Thursday, 18 April 2013

Sesaat Cukup Bagiku

Terbitan : April 2013
Tajuk   : Sesaat Cukup Bagiku
Penulis  : Laila Hannii
Harga :
RM25.00 (Semenanjung), Ahli RM22
RM28.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM25


SYNOPSIS SESAAT CUKUP BAGIKU

Tujuh tahun perkahwinan Maizatul Hafizah (Mai) dengan suaminya Muhammad Irfan, mereka tidak dikurniakan zuriat sehingga membuatkan Mai hidup dalam kemurungan. Pergolakan rumahtangga yang dibina dikuatkan lagi dengan perselisihan faham dan keegoan sehingga akhirnya Mai diceraikan dengan talak tiga. Namun tika penyesalan tiba, segala-galanya sudah terlambat. Kata perpisahan sudah dilafaz dan mereka hanya boleh bersama dengan cara mencari ‘cina buta’. 

Dalam kebuntuan mencari seorang lelaki yang boleh dipercayai untuk mengahwini Mai, Irfan diperkenalkan dengan Syamsul Hasni, seorang lelaki yang hidupnya penuh dengan kekecewaan dan sanggup menerima syarat-syarat yang ditetapkan olehnya. Kerana terdesak untuk bersatu semula, Mai dan Irfan bersetuju menetapkan tempoh tiga bulan untuk bersuamikan Syamsul bagi mengelakkan syak wasangka dari masyarakat sekeliling. 
Akhirnya Mai dan Syamsul bersatu dalam sebuah perkahwinan tanpa sekelumit rasa kasih dan sayang. Namun kehidupan yang dilalui oleh Mai sebagai isteri kepada Syamsul memberi pengalaman yang tidak pernah dilaluinya sepanjang hidup bersama Irfan. Walaupun mula disentuh rasa bahagia, perasaan cintanya kepada Irfan masih kukuh sehingga dia nekad mahu meninggalkan Syamsul apabila tiba masanya. Namun apabila tempoh tiga bulan menghampiri penghujungnya, hati kian berat mahu melangkah pergi. 

Kerana timbul perasaan halus kepada Syamsul, Mai sedaya upaya membantu suaminya membina kehidupan yang lebih baik dengan memulakan perniagaan. Tidak mampu dinafi hati, kehadiran Syamsul dan keluarganya memberi berjuta rasa yang tidak pernah dia duga.
Namun kebahagiaan tidak datang dengan mudah. Bagaimana keindahan itu mampu kekal sekiranya Irfan tanpa jemu memujuk dan merayu?

Dan cinta yang mana perlu dia pilih? Bekas suami yang pernah dikasihi sepenuh jiwa, atau juga si suami yang melekat tanpa syarat di hatinya?


Caption Depan Cover :
Ya Tuhanku, aku ikhlaskan lafaz kasih ini buatnya... sesungguhnya aku tidak pernah kenal erti cinta sebenar, sehingga aku menemuinya.

Dekat Padamu


Terbitan : Feb 2013
Tajuk   : Dekat Pada mu
Penulis  : Sarnia Yahya
Harga :
RM22.00 (Semenanjung), Ahli RM19.00
RM25.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM23.00

Sinopsis:
Rasa cinta yang terlewat hadir, haruskah dilepaskan pergi?

Bagi Iskandar, perkahwinannya bersama Tini adalah satu kesilapan dan masalah rumahtanggannya sering diluahkan pada Syafiqa, arkitek serta sahabat baik adiknya. Lama kelamaan perasaannya jadi berbeza dan dia cuba luahkan rasa hati melalui gurau senda.

‘Nanti Ika akan jadi isteri bongsu abang’ – Iskandar

Bagi Syafiqa, dia membantu apa yang patut. Iskandar sudah dianggap sebagai abangnya sendiri. Saat rumahtangga Iskandar terpaksa dileraikan, dia turut merasa kecewa. Lantaran itu, tatkala Iskandar meluahkan rasa hatinya, dia terpegun kehilangan kata.

‘Ika tak dapat terima abang.’ – Syafiqa

Namun, Iskandar tetap mencuba. Kerana cinta, dia mahu sentiasa ada di sisi Syafiqa dalam susah dan juga senang. Demi cinta, dia sanggup menjadi apa saja untuk Syafiqa. 

‘Macamana abang masuk?’ – Syafiqa 
‘Abang kan Spiderman.’ - Iskandar

Mama Mia Syaza


Terbitan : Mac 2013
Tajuk   : Mama Mia Syaza
Penulis  : Emy Roberto
Harga    :

RM22.00 (Semenanjung), Ahli RM19.00
RM25.00 (Sabah/Sarawak), Ahli RM23.00


Sinopsis: Pertemuan kembali dengan Syazwan Imad selepas tiga tahun, hidup Maya yang tenang jadi tunggang terbalik. Dulu, suatu ketika dulu, Bumi England menemukan mereka dan bumi England jugalah yang menjadi saksi perkahwinan mereka. Bukan tidak bahagia malah mereka cukup bahagia tetapi pilihan yang Shazwan lakukan saat Maya disahkan mengandung memang sesuatu yang tidak masuk dek akal.

“I give you one chance, Maya. Choose only one. Me or the baby?”- Syazwan
“Okay, fine. What if I choose the baby?”-  Maya
“Then I’ll leave, Maya.”- Syazwan


Perpisahan yang menyakitkan kerana tiada pergaduhan antara mereka. Syazwan pergi meninggalkan Maya bersama kandungannya kerana menjunjung ego sendiri. Kini, Syazwan mula sedar akan khilaf diri. Dia ingin kembali memikul tanggungjawab tetapi Maya seolah-olah tidak mempercayainya lagi.

 “Saya nak jaga awak dan Mia, Maya. Saya dah berubah.” - Syazwan
“Mia tu, dulu awak suruh saya gugurkan. Awak dah lupa?” - Maya

Hati seorang Syazwan Imad cukup terluka apabila Maya berkeras menolak. Lebih melukakan apabila Maya memutuskan untuk memilih Syazwi Ilman yang tiba-tiba muncul antara mereka.

Adakah Syazwan sekali lagi perlu memberi pilihan kepada Maya? Bagaimana jika Maya memilih Syazwi Ilman dan tidak memilih permata hati mereka, Mia Shaza sekaligus menolak dirinya?